×
Escabee.com app
Get the all-in-one camping booking app

Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026

Estet Ikan Kuala Wau, Maran, Pahang, Malaysia

About Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026

📅 Tarikh: 20 September 2026
📍 Lokasi: Estet Ikan Kuala Wau, Maran, Pahang Darul Makmur
🎣 Tema: “Menjala Warisan, Menjana Ekonomi”

Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026 kembali pada 20 September 2026 di Estet Ikan Kuala Wau, Maran, Pahang!

Selepas penganjuran pertama pada tahun 2021, Pesta Menjala kembali dengan acara yang lebih meriah untuk menghimpunkan peminat seni menjala, keluarga dan pengunjung dari seluruh negara sambil mengangkat tradisi menjala sebagai salah satu warisan masyarakat tempatan.

🐟 Cabaran Menjala
Uji kemahiran menjala anda dan rebut peluang untuk mendapatkan ikan terberat! Lebih menarik, terdapat juga kategori “Ikan Rahsia” yang bakal menambahkan lagi debaran sepanjang pertandingan.

Antara spesies ikan yang terdapat di Estet Ikan Kuala Wau ialah:
• Tengalan
• Patin
• Baung
• Lampan
• Sebarau

Sejak tahun 2022 hingga 2026, kira-kira 1.83 juta benih ikan telah dilepaskan, dengan anggaran stok ikan sekitar 40–50 tan metrik di dalam estet.

🎉 Bukan Sekadar Menjala!
• Bawa keluarga dan nikmati suasana festival dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
• Persembahan kebudayaan & hiburan pentas
• Food Street
• Pameran usahawan dan produk tempatan
• Aktiviti sukan & keluarga
• Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
• Hadiah cabutan bertuah utama termasuk sebuah motosikal!

🏕️ Datang Awal & Camping di Kuala Wau
• Peserta dari luar kawasan digalakkan datang lebih awal dan menikmati pengalaman bermalam di Kuala Wau.
• Tapak perkhemahan turut disediakan untuk peserta dan keluarga yang ingin menikmati suasana kampung, alam semula jadi dan kehidupan komuniti Kuala Wau sebelum acara utama bermula.

Jom turun ke Kuala Wau dan rasai sendiri kemeriahan Pesta Menjala 2.0 - menjala ikan, menikmati suasana kampung dan bersama-sama menghidupkan warisan serta ekonomi komuniti tempatan!

Rules and Guidelines

Amendments, Cancellation and Refund Policies

Check Availability

+
-
+
-
+
-

Location Map

Rules and Guidelines

Amendments, Cancellation and Refund Policies

Lot Types

Tiket Penyertaan Aktiviti Menjala (20/9/2026) at Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026

Tiket Penyertaan Aktiviti Menjala (20/9/2026)

For 1 person
Check Price